Assalamualaikum pembuka kata,
Inilah ragam kami semua;
Tahun 2008 kisah bermula,
4 STE tempat kami bersua.
Cik Nabihah pendidik kami,
Dialah 'mommy' dialah 'daddy';
Kalau dah mengajar susah nak berhenti,
Supaya kami lulus periksa nanti.
'Tom and Jerry' bayangan mereka,
Terjerit-jerit di sini sana;
Amanah cikgu tetap dilaksana,
Faeez dan Idilea itulah pasangannya.
Tibalah giliran 'Ah-Long' kami,
Roshaira Rosly nama diberi;
Dengan Syazwina rapat sekali,
Mereka sahabat yang baik hati.
Yunus dan Yahya nama diberi,
Subjek Matematik paling digemari;
Tetapi mereka tidak pernah serasi,
Seorang ke kanan, seorang ke kiri.
Dua tahun duduk bersama,
Empat sekawan pelbagai kisahnya;
Kerja 'last minute' adat mereka,
Amira, Mia, Zati dan Nadia itulah mereka.
Amierul Izzat pelik orangnya,
Subjek fizik kegemarannya;
Sekejap ada, sekejap tak ada,
'Ali Chipsmore' gelaran dirinya.
Haifa dan Hani padan sekali,
Seorang kurus, seorang berisi;
Sentiasa bersama ke sana ke mari,
Sehati sejiwa rakan sejati.
Orangnya 'famous' Megat namanya,
Asyraful Amin pengikut setianya;
Buat kerja malas sentiasa,
Merekalah 'tauke' semua angkara.
Main bola sepak hebat sekali,
Sudah menjadi hobi diri;
Dalam kelas senyap sekali,
Zarip dan Khaz empunya diri.
Aqil dan Nazmi rapat tak sudah,
Ariff dan Syahmir nama diberi;
Dua tinggi, dua rendah,
Pakaian kemas 'cool' sekali.
Aishah dan Zarin sahabat sejati,
Bila bercakap kuat sekali;
Maziah dan Raihan tumpang sekaki,
Bila cikgu tanya diam sekali.
Si Faris kalau disakat merahlah pipi,
Malulah dia tak henti-henti;
Kalau dah bercerita gempak sekali,
Itulah dia Cik Arina kami.
Afiq dan Nazeer pendiam sekali,
Cikgu menyoal buat-buat tak reti;
SPM kelak semoga berhati-hati,
Jangan hentam sesuka hati.
Mereka nakal tak sedar diri,
Encik Fendi diam-diam ubi berisi;
Azarif, Azril penyeri kami,
Buat lawak tak kering gusi.
Bukan mengutuk atau mengata,
jari sepuluh disusun tangan;
Kami 5 STE menutup bicara,
Harap disimpan sebagai kenangan.
Made by Siti Amirah Bt Ahmed Khir
